bring me to Jannah !
sweet owner

Navigation : touch hover image

Diaries Owner Linkies Stuff

nadia, for short. twenty. kelantanese. muslimah. hijabis. baldis. when silence speaks. wo xihuan ni :)

Bigfoots!

Put your CBOX codes here!

Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Your Name
Others:   

oppa gangnam style !

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum
moningssss :) harini nadia rase dah tibe mase tuk nadia share sikit2 bekaitan dgn oppa gangnam style, isu hot tewww, dulu lagi lah hot nye, sane sini nak beroppa, marah opahh nanti ><
mule2 nadia malas nak research2 bagai ni, tapi aritu calling2 ngn ezah, pastu dye cite pasal mona fendi. takot wooo, tapi sebab nak tao kan, kene search la, skang kan dunia maju, so kenape kite tak gunekan dengan baik, tak gituh? :D hamboii panjang membebel intro pagi nih :) nadia tengok muke mona fendi tu pun da takot, ape lagi nak search bagai. ishhh :O .memang tak lah kan.

pastu dye sarankan nadia untuk search jugak, ape2 lah, sebab kadang2 somtingg yang kite search tu bermanfaat untuk semua olanggg. anddd, nadia amek tertarik dgn fenomena oppa gangnam style yang digemari korang la. kalau bukan good. ^^

sebelum kite pergi lagi jauh, jom kite usha dulu makne "oppa gangnam style". orang perempuan korea gune perkataan "oppa" utk merujuk lelaki yang lbih tua or abang. maksod "gangnam", bahagian selatan sungai, and memangg daerah ni dekat dengan sungai Han. gangnam tu jugak satu daerah di korea selatan *tapi baru je tao kewujudan daerah tu sejak lagu tu wujud haha, nampak sangat tak mengkaji nye*, and "style" tu gaye :)and nadia ade jugak terbace tajuk tu nak maksodkan, oppa tu gaya gangnam. maksodnye cara hidup gangnam.  mungkin :)

"gangnam"
satu daerah kat korea selatan, yang mane tempat orang yang super duper mewah, *nak gambarkan betape kayenye dorang ni* and kat sini lah tempat syarikat kelas dunia berdiri, Samsung, Hyundai and banyak lagi :) bagi peminat kPop, kat sini jugak la pusat pengurusan retisss2 yang meletoppp haaa, Super Junior, SNSD, Wonder Girls, 2PM, Miss A, and bnyak lagi lah ^^. mention yang mane kenal je lahh. lagi, daerah ni sebagai simbol kekayaan dan pendapatan melimpah sehingga dikenali sebagai kehidupan mewah, glamour dan taste fashion yang sangat tinggi. kalau rase nak shopping sini, sila lah bawak duit banyak. kos tinggi kat sane :)
daerah ni disamakan dengan Beverly Hills. Kat gangnam ni, korang senang je nak jumpe barang bejename macam Gucci, Prada, Giorgio Armani and banyak lagi.COEX Mall iaitu mall terbesar kat Seoul jugak ade kat daerah ni. 

senang cite daerah ni sangat lah lengkap and mewah! kat sini jugak ade doktor2 pembedahan plastik yang terbaik, and kite pun tao orang korea sangat suke mengoperate muke. bia lah mereka dan jgan kite ><. kalau daerah pun dah mewah, semestinye orang2 kat sane pun kaye kan $$$$$. tapi skang ni, berlaku ketidaseimbangan ekonomi, kesannye 

- jurang perbezaan sangat besarrr antare orang yang terlampau kaye dengan yang miskin.
- kes rasuah meningkat *malaysia pun* 
- so, orang2 awam biase sangat menyampah dgn kehidupan orang kaye yang enjoy, mementingkan harta dan wanita. ishhh3 

dis is gangnam :)

mewah kan? melalui ape yang nadia bace, PSY, pnyanyi lagu tu nak sindir, kritik sebab nak luahkan perasaan menyampah dan tensyen. tarian dalam video tu adalak tarian hodoh yang dibuat dalam parti liar yang x berakhlak =='. so tak payah la nak ekot dorang joget tuh, tak manis gituh, lagi2 kalau orang Islam :) tarian2 tu dibuat sebab nak gambarkan orang2 mewah kat sane, kirenye macam nak mengejek perbuatan dorang. PSY bawak watak playboy lam lagu tu. and aksi menunggang kude tu pulak sebab nak sindir permainan posisi seks ala barat. tengok sendiri lah tarian tu, nampak sangat tak senonohnye. 

ade jugak nadia pena dengar orang cakap "oppa gangnam style" ni maksod dy "saya nak jadi yahudi". and nadia rase bende ni tak betul. yang salah nye, tarian ni dah serang pemikiran umat Islam. yang tu duk siang malam dengar je lagu ni 24 jam, kalau ade 30 jam, 30 jam lah dengar sehari. yang tak manis nye bile tengok orang ISLAM menari same macam video tuh, and tercipta lah macam2 parody kat utube tuh. kat sini bukan nak cakap nadia baik sangat sampai tak pena layan lagu tu, tapi semenjak tengok video yang sebenar tu, jadi macam suam2 kuku. #ehhh. haha, tak berminat ahh. malu! nadia memang totally tak menggalak kan korang duk minat gileerr lagu nih. sampai parady kat malaysia sendiri pumpuan duk jogetjoget. eishhh3. 

real video 

super kampung style *parody*

super nogori style *parody*

kat bwah ni pendapat hilal asyraf :)

Orang suruh saya ulas isu ini. Saya perasan ramai dah ulas. Justeru saya tak nak ulas panjang. Saya mulakan dengan kaedah mudah dalam isu-isu macam ini.
1 - Baik ke tidak? Kalau baik, teruska

n. Kalau tak baik, tinggal.
2 - Sopan ke tak? Kalau sopan, promosikan. Kalau tidak, buat apa popularkan?
3 - Syara' atau tidak? Kalau bendanya sebuah maksiat, melibatkan pendedahan aurat dan aksi-aksi yang mengiurkan, buat apa promosikan kepada ramai?

Menari salah tak?
Kalau tanya saya, secara asasnya menari tidak salah. Nak buat style apa pun buatlah. Selagi mana guideline syara'nya dijaga. Aurat dijaga, adab sopan dijaga, dan terpancar daripada tindakan kita itu wajah seorang muslim/muslimah yang beriman kepada Allah SWT, bukan sebaliknya.

Isunya bukan Gangnam Style. Isunya, apa style pun, mewajahkan Islam tak? Kalau Gangnam Style tu, kita menari, terpancar akhlak seorang muslim/muslimah pada diri kita, why not teruskan dan popularkan? Begitu juga dengan style-style yang lain.

Tetapi kalau sekadar akhirnya menunjukkan kerendahan akhlak, membuang kesopanan, menghilangkan keindahan peribadi seorang muslim/muslimah, kenapa teruskan dan popularkan?

Akhir kata, suka juga saya nak cakap kepada yang menegur isu Gangnam Style ni. Pertama, sila consider masyarakat yang tak faham pempraktisan Islam yang sebenar, gaya hidup Islam yang sebenar. Benda ini benda kemasyarakatan. Saya sendiri perasan ayat Gangnam Style ni bila ada sebuah keluarga melayu nak sambut raya, buat tarian gangnam ni. Jadi, janganlah tegur dengan sindiran dan perlian.

Ada orang, hidup tak dapat fikrah Islam.
Ada orang, ada fikrah Islam, tetapi belum mampu memahamkan seluruh keluarga. Keluarganya tak faham fikrah Islam, tetapi ada semangat nak tunjukkan ukhuwwah keluarga, buat video menari yang kalau dikira dengan aras ukur 'masyarakat sekarang ni', taklah teruk sangat. Kita pun sedia maklum, demam K-Pop memang kuat sekarang ini.

Da'ie kena consider benda ini. Kalau kita ni da'ie(penyeru)lah. Kalau kita ini ada tanggungjawab menjadi penghukum, itu cerita lain.

Jadi, janganlah teguran kita hingga melukakan. Memang ada masa, tegur kena tegas. Ada masa, sindiran itu perlu. Tetapi dalam bab 'orang sekadar tersilap cara nak ekspresikan kegembiraan dan hubungan erat kekeluargaan', saya tak rasa teguran menyindir, 'tunjuk kuat', adalah cara teguran yang baik.

Berikan solusi, berikan kaedah, biar orang faham titik asalnya silap di mana. InsyaAllah, mereka akan terkesan, faham, dan akan berusaha buat perubahan sedikit demi sedikit.

- HILAL ASYRAF

panjang kan, bace, and think twice :)

okay, nadia rase tu je yang nadia dapat share :)
kalau ade salah silap, sorryy 

enjoy reading ^^
Assalamualaikum