bring me to Jannah !
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

nadia, for short. twenty. kelantanese. muslimah. hijabis. baldis. when silence speaks. wo xihuan ni :)


Bigfoots!

Put your CBOX codes here!


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Your Name
Others:   


yang tertutup itu indah :)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Assalamualaikum :)

alhamdulillah im still alive.alhamdulillah for IMAN, ISLAM, HIDAYAH. All praises to Allah Almighty.




comel kan niqabis? seriously, dorang sangat menjage diri dari dilihat bukan mahram. kenape? sebab "yang tertutup itu indah". bagi mereka, diri mereka biarlah dilihat pada yang 'berhak'. semestinye beruntung siape yang dapat memperisterikan seorang niqabis. istiqamah untuk berniqab sudah tentu bukan perkara mudah. lagi lagi bile berniqab di Malaysia contohnye, sebab kite kat sini tak terdedah sangat dengan niqab. seorang niqabis semestinye orang yang cekal hati, even diejek diketawakan, dorang still sabar and istiqamah Lillahi Taala. :')

"NADIA! bile lagi nak berniqab?" otak bertanye.

"me? hihi in shaa Allah one day. niat dah ade" hati menjawab :)

ewah ewah, dalam diam diam otak dengan hati ni berskandel bagai. err? =,= jangan bercinta sudah, cinta selepas nikah okay hihi.

sebenarnye, takde lah nak cite pasal niqab. tu muqaddimah je utk entry kali ni. actually, its about aurah. AURAT okay.the important one. REALLY. asyik asyik cakap pasal aurat nadia nih pun =,= dalam kelas pun ustajah membebel pasal aurat, dekat youtube pasal aurat bersepah, twitter efbi lagi lah banyak, blog double tripple banyak.

meow belakang rumah pun cakap pasal aurat kat nadia tao,
"yaa oiiii, kalau ye pun nak merumput blakang rumah, pakai tudung tuh, COVER YOUR AURAH!" *meow bermuke singe*

hamboihh meow ni punye lah marah sampai keluar english words siap.wahahaha :D dok diam diam ye meow. nadia tao la ==" *malu*

kenape most bloggers, vloggers keep talking about aurah? sebab best? sebab hot gossip? no. sebab, menutup aurat WAJIB bagi Muslims. see that word "WAJIB"? so, what does it means? tutup aurat kalau ade mood? NO! its means you MUST, he MUST, she MUST, they MUST, we MUST. 




anyway, alhamdulillah sebab dah ramai mule bertudung. CONGRATS sebab korang dah mule SEDAR serba sedikit tentang aurat, even not fully but its okay dear, permulaan yang baik. memang common, kalau orang nak tutup aurat mule dgn tudung. sebab bertudung tu paling simple. kan? :) bertudung tu simple, istiqamah tu susah sikit. takpe, step by step.take it easy Hawa :D

bagi yang baru bertudung tapi belum tutup aurat dengan sempurna, kita 'raikan' die. celebrate party? *chicken dance* taklah sampai mcm tu nadia =,= maksodnye kite dekati die, bagitao yang kite suke dengan perubahan die then jangan lupe 'pimpin' die. bukan ape, mereka yang baru bertudung, pegangan mereka mengenai tudung mungkin still goyah. bile bile mase je akan ade orang akan 'mempersoalkan' tentang penghijrahan mereka.


situasi 1
A : hamboi minah, pakai tudung skang kau ye, tak payah nak tunjuk ustazah sangat boleh tak? 
B : yeke? aku tak sesuai eh pakai tudung? T.T *tears* 
A : hahahaha *gelak*


see? common sangat bende ni among girls. yela you, takkan boys pulak bertudung. hikhik. sometimes, nadia pernah jumpe boy yang bertudung "euwwww", wow so cute meh, seriously mcm girl, bukan girl biase, girls generation OKAY, kalah nadia =,=  girls, tak malu ke 'boy berjiwa lembut' pun bertudung, EVEN takpayah ==" 

kalau kite tengok pada situasi 1 tu, sebab tulah kite kene 'pimpin' mereka. mereka rase mcm dimalukan, sedih sebab dipersoalkan. sebab tu lah wujud jawapan kurang yakin dari mereka. kalau kite 'pimpin' maybe jawapan mereka beri lebih yakin. see this.


situasi 2
A : hamboi minah, pakai tudung skang kau ye, tak payah nak tunjuk ustazah sangat boleh tak? 
B : alhamdulillah, hidayah Allah. dia beri saya kekuatan untuk berubah, saya bertudung kerana Allah, saya yakin dgn janji-Nya, doakan saya istiqamah ye.ustazah? Ameen, doakan one day :)
A : *diam membisu* 


tutup aurat bukan hanye pada tudung sayangku Hawa. untuk hawa, aurat mereka dengan ajnabi, seluruh anggota badan kecuali MUKA dan kedua TELAPAK TANGAN. kaki AURAT, lengan AURAT, leher AURAT dan rambut AURAT.

"lindungilah kakimu dengan sarung kaki, lenganmu dengan handsock, leher dan rambut dengan tudung yang tidak jarang"

susah? panas? malu? 

"biar SUSAH di dunia, asalkan di akhirat bahagia, biar PANAS di dunia, asalkan tidak terkena panas api neraka, biar MALU dengan manusia di dunia, asalkan tidak malu dengan Allah kelak"



kaki tu WAJIB dilindungi. pakai sarung kaki, stokin*gambar barbie* and ape ape lah asalkan tertutup. pakai handsock supaya lengan kita dilindungi. sometimes, even pakai baju lengan panjang, baju kurung tapi still nampak lengan, tak sempurnakan? so, istiqamahlah pakai handsock even baju lengan panjang, if kamu dah yakin tutup sempurna, no need lah :)kalau tudung tu rase mcm jarang semacam je, pakai lah 'pelapik' kat dalam, baru leher tak nampak. kalau nadia prefer tudung syria kat dalam. biarlah orang pakai kat luar, nadia buat tudung tu sebagai 'pelapik'.wahahaha? nak cube? silekan.panas? memang la tapi panas lagi api neraka :)

sekarang ni ramai yang bertudung tapi pakai baju ketat, baju lengan pendek, baju singkat, jeans ketat, semua lah yang ketat ketat. ketat itu menyiksakan *i know* hawa, kamu nak tunjuk kat sape berpakaian mcm tu? your boyfie? tunjuk kat semua orang yg kamu ade tubuh cantik menarik tertarik? tunjuk rambut ikal mayang yang baru buat kat salon?

NO NEED HAWA. seriously. better kamu rahsiakan semua itu untuk yang 'layak'. biar si dia rase bertuah kerana memilikimu yang 'mahal' secara halal. seteruk teruk lelaki, mereka tetap akan cari isteri yang baik. if mereka pernah cakap, mereka sanggup terimamu seadanye even kamu tak menetup aurat, maksodnye lelaki tu merelakan diri die bertanggungjawab ke atas isteri yang jelas jelas buat dosa yang akan mengheretnye ke neraka. wow kisah cinta tragis.

berpakaian longgar, labuh dan tidak jarang itu lebih indah, sejuk mata memandang. *sesejuk ais dalam peti sejuk* berpakaian sebegitu akan menjadikan dirimu tidak dipandang tapi DIHORMATI. bile kite betol betol tutup aurat, lelaki pun akan fikir 10 kali nak usha awak untuk jadi awek die, and dorang akan fikir ni stock buat bini je.*memandai je nadia* see? mereka memandang kita nilainye 'mahal'.

ADAM! auratmu pusat hingga lutut. im sure most of you know tapi buat buat taktao =,= hawa pun taknak tengoklah pusat kamu tuh, tolong sorok okay, simpan untuk isteri je, boleh?and kalau nadia jenjalan keluar bandar dengan parens, bile jumpe laki yang pakai short bagai, malu okay, MALU. even nadia pompuan, tapi nadia pulak malu. nak jadi menantu abah? memang awal awal tak lepas, reject!tak perlu lah nak goda pompuan sampai aurat terbuka sane sini. tak manis, berdosa pulak tu.cube bayangkan kalau sampai ajal mase tu? Allahurabbi :'/

so now you choose okay? think wif your heart. jangan terlalu ekotkan nafsu. dunia ni SEMENTARA, akhirat KEKAL selamanye. kenape kite pentingkan sesuatu yang SEMENTARA daripada yang KEKAL selamanye? jadilah orang yang berkorban di DUNIA untuk AKHIRAT yang kekal selamanye :)

p/s:mintak maaf kalau ade yang terase. alhamdulillah, dah ade kawan nadia yang start pakai tudung labuh. suke sangat dengar. keep it up dear, cik H. nadia in shaa Allah, dalam usahe mencari kekuatan :)