bring me to Jannah !
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

nadia, for short. twenty. kelantanese. muslimah. hijabis. baldis. when silence speaks. wo xihuan ni :)


Bigfoots!

Put your CBOX codes here!


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Your Name
Others:   


GENOCIDE OF MUSLIM DI MYANMAR

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, masih diberi nafas, masih diberi peluang bermujahadah, masih diberi peluang update blog malam ni. :)
Alhamdulillah, dengan izin Allah, moge moge ape yang nadia nak share malam ni bermanfaat untuk semua. 

kaifa halukum? *apa khabar* moge moge kite sentiasa diberikan kesihatan yang baik oleh Allah. kadang-kadang kite tak sedar nikmat Allah. kite lupe nak bersyukur pada-Nya. sebab apa? kerana kite terlalu leka dengan urusan duniawi sehingga melupakan-Nya. bile ditarik nikmat sihat itu, barulah manusia sedar, barulah manusia mula mencari Allah. Allahu. Ya Allah, ampunilah kami :'(

"ketika sihat ingatlah Allah, ketika sakit ingatlah Allah, ingatlah Allah sentiasa, kerana hanya pada-Nya kita berharap." 

setelah sekian lamenyee, nadia update jugak blog ni :) harini nadia pergi talk dekat uia tersayang tercinta terindu. eh :3 

" Burma/Myammar: the violation of human rights of Muslim community in recent times."

before kite tahu lebih lagi pasal isu Muslim di Burma, mari selawat dulu ^^ sudah? alhamdulillah. nadia baru je tahu pasal isu ni. sedihnye. punye lah tak ambil berat pasal masalah Muslim. Allahu :( alhamdulillah, sekarang nadia dah tahu and mesti mesti buat sesuatu, walaupun hanya doa yang mampu dihulurkan :') ayuh sahabat! bangkitlah atas nama Islam! mari bersatu!

nadia bukanlah diupah utk promosikan nestle, mcd and whatever. boikot tetap boikot. mari boikot mereka! tapi nadia sememangnya nak berkongsi dengan awak awak dan awak semualah tentang isu MUSLIM DI BURMA. 

secara jujur dari lubuk hati, pernah dengar tentang isu ini sebelum ni? semua pernah? Alhamdulillah, nadia je lahh yang tak concern ni. Allahu :( ade yang belum pernah dengar? *kita serupa* sudah sudah, mari kite bongkarkan tentang ape yang berlaku di sana!


Abu : ali, jum main teka-teki.
Ali : okay kalau tak dapat teka kene jalan itik. 
Abu : negara Islam ape yang selalu ditindas?
Ali : palestin! syria!
Abu : aku taknak negara tu, common sangat.
Ali : *diam tanpa sepatah kata sambil mendongak ke langit* lol

see? asal ditindas je syria. asal ditindas je palestin. sampai bende ni dah jadi common and semua orang tahuuu. baguslah, fenomena ni bagus, sebab semua tahu, semua boleh doakan, boleh beri sumbangan. tapi kite lupekan negara Islam lain yang menderita teruk, jiran kite sendiri, negara Asia sendiri, kite buat tak peduli. kenape? sebab kite tak tahu? sebab tak ramai nak tolong? macam tu?

penindasan terhadap Muslim di Burma sejak sekian lama. SEKIAN LAMA. SEKIAN LAMA. sejak 60 tahun yang lalu. 60 tahun bukanlah mase yang pendek. mereka dah menderita lame. bangunlah Muslim Malaysia! nadia mohon luangkan sedikit mase bace pasal mereka. mereka perlukan kite. perlukan umat Islam yang lain! kite same same Islam! bersatu membantu!

Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka dari kalangannya." 

siapakah Muslim Rohangya? 
kebanyakan mereka tinggal di barat Myammar di negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. mereka berketurunan para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat (Myammar). Penyebaran Islam di Arakan dilakukan oleh pendakwah dari Asia Barat ini. umat Islam Rohangya terdiri daripada 1/3 daripada keseluruhan penduduk di wilayah Arakan ini. selebihnye penganut Buddha Arakanese.  





ape yang berlaku sejak 60 tahun lalu hingga KINI?
* kampung-kampung dibakar, sekolah, ratusan masjid, bangunan dimusnahkan. arahan tidak dibenarkan membaiki masjid dikeluarkan. masjid diganti dengan PAGODA BUDDHA!

* rumah-rumah Muslim Rohangya dikawal rapi oleh pihak keselamatan. andai ada Muslim Rohangya keluar rumah, mereka akan tembak.ini menyebabkan ade yang tidak keluar rumah dan tidak mendapat bekalan keperluan yang mencukupi.

* rumah, tanah, ternakan Muslim Rohangya dirampas.

* perkahwinan dan pergerakan dihadkan hanya dengan keizinan tentera.

* penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan WANITA!

* pemaksaan keluar dari ISLAM dan pemaksaan menganut agama BUDDHA!

* pihak keselamatan, polis, tentera dilaporkan bekerjasama dengan etnik Buddha Arakanese. mereka sepatutnya bertindak adil dengan menjage keselamatan Muslim dan Buddha. tiada KEADILAN!

* Muslim Rohangya terpaksa menjadi pelarian di negara lain seperti MALAYSIA, Thailand, Pakistan dan Bangladesh.  Allahu :(
































sehingga kini, mereka masih menderita. sejak 60 tahun yang lalu. tapi isu ini seolah-olah tidak diketengahkan. Allahu :( Muslim Rohangya tiada tempat tinggal yang selesa seperti kita, tiada pendidikan sebaik kite, tiada kebebasan seperti kite, hidup dalam ketakutan. :(  cukupkah makan minum mereka? lenakah tidur mereka? selesakah mereka beribadat? selamatkah mereka pada esok hari? masih wujudkah rumah mereka pada esok hari? bilakah air mata mereka akan diganti dengan senyuman? tanye diri kite, tanye iman kite :( 

masih mahu ingkar perintah Allah. Muslim Malaysia, bersyukurlah, negara kite aman, tidak diuji sebegitu. ayuh! berhijrahlah! masih ade mase selagi nyawa tidak diambil. dalam doa selepas solat, jangan lupe selitkan doa untuk Muslim Rohangya. doakan mereka. mereka saudara Islam kite! mereka perlukan doa kite. :') 

"biar tidak pernah bersua, asalkan doa penghubung kita, Muslim, ayuh bersatu!"

email : myammargenocide@gmail.com

Assalamualaikum. think think think wisely :)