bring me to Jannah !
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

nadia, for short. twenty. kelantanese. muslimah. hijabis. baldis. when silence speaks. wo xihuan ni :)


Bigfoots!

Put your CBOX codes here!


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Your Name
Others:   


ujian itu tandanya sayang :')


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum sahabat fillah :D

Apa khabar hari ini? Masih kekal dalam dua nikmat terbesar, IMAN dan ISLAM? Masih tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat hidayah dan petunjuk-Nya? Alhamdulillah, kamu istimewa, ya, kamu lah, dipilih Allah untuk mendapat kesihatan yang baik dalam melaksanakan suruhan-Nya, IMAN dan ISLAM masih teguh dalam diri dan sentiase dipandu Allah dalam menempuh hidup yang penuh ujian ini. Bersabarlah hati, jangan mengeluh okay, Allah tahu kamu kuat, kamu insan terpilih. Senyum. :D  Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk meneruskan mujahadah dalam mencari redha-Nya dan memperjuangkan agama Allah!

“UJIAN TANDANYA SAYANG”



Bile ditimpa ujian yang agak berat, bersabarlah, cekalkan hatimu. Jangan mengeluh. Jangan kata Allah tak adil. Jangan kata “aku dah give up hidup kat dunia ni.” Jangan kata Allah tak pedulikan kamu. Sahabat fillah, andai diuji dengan ujian yang sangat berat, itu tandanya Allah sayang. Subhanallah, Allah sayang kamu. :’) Allah itu sangat dekat dengan kite. Tapi kite? Kenape kite sering menjauhkan diri dari Allah? Sombongnya kite. Angkuhnya kite. Berlagaknya kite. Siapa kite tanpa Allah? Siapa??

“we’re nothing without Allah.”



Sedarkah kite dari Allah kite datang dan kepada Allah kite akan kembali? Sedarkah sahabat? Bersediakah kite untuk kembali kepada-Nya? Bersediakah kite menghadapi sakaratul maut yang dikatakan sangat pedih? Allah. Rasulullah sendiri mengatakan sakitnya sakaratul maut. :”( itu Rasulullah, kalau kite? Rasulullah yang bertaubat setiap hari pun tak dapat nafikan sakitnya sakaratul maut. T.T kite bertaubat setiap hari? Ade ingat Allah setiap hari? Ada ingat Rasulullah setiap hari? Nak arasy Allah, nak syafaat Rasulullah, tapi ingat pun tidak. :’(

“Ampunkan kami ya Allah, kami khilaf, kami pendosa tanpa nokhtah, tapi kami lalai dengan dunia.”



Bile diuji, terus menyalahkan Allah. Jangan! Allah uji kamu kerana Allah tahu ujian itu baik bagimu. Mungkin kamu merasakan ujian itu membebankan, tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untukmu. :’)  mungkin pada saat itu, kamu sangat jauh dari Allah, Dia hadiahkan ujian supaya nanti kamu akan kembali pada-Nya. Sweetnya Allah. Allah taknak kite tersasar dari jalan menuju Syurga-Nya. Kenapa? Allah nak kite same same kecapi nikmat Syurga Allah. Allah nak kite kekal dalam Syurga-Nya. Allahu :’)

“Allah always be with you. La Tahzan.”



Ujian? Bolehkah kite menghadapinya seorang diri? Mungkin dari segi luaran kite boleh berlakon untuk menjadi okay, namun dalam hati siapa yang tahu? Hanya Allah yang tahu. Even kite tak pernah mengadu pada Allah selepas solat, Allah tahu semuanya. Tapi, Allah rindukan rintihan hamba-Nya. Di saat hamba-Nya sudah jauh meninggalkan-Nya, Dia timpakan ujian agar hamba-Nya kembali pada-Nya, sujud pada-Nya, merintih pada-Nya.

“beratnya ujian ini, aku tak mampu hadapinya.”




Sahabat fillah, Allah takkan pernah uji hamba-Nya melebihi kemampuan. Saat diuji, menangislah sepuas hatimu untuk kali yang TERAKHIR untuk hal itu. Pulanglah ke pangkuan-Nya, sujudlah pada-Nya, berharaplah pada-Nya, yakinlah dengan-Nya, in shaa Allah tangisanmu akan diganti dengan senyuman. :’) menangislah kerana dosa-dosa lalu, menangislah pada-Nya, menangis kerana-Nya bukan menunjukkan kite lemah, namun menunjukkan kite cukup kuat menghadapi hidup ini even diuji. :’)

Saat bersendirian, terfikirkah kamu tentang kematianmu kelak? Mungkin sejam lagi? Mungkin malam ini malam terakhir? Mungkin hari esok? Mungkin 10 tahun akan datang? Tiada seorang pun tahu bile ajalnya, semuanya sudah tertulis di Luf Mahfuz. bersediakah kite menghadapinya? Allah :"( yakinkah kamu akan mengakhiri hidup ini dengan husnul khotimah? Setimpalkah amalanmu dengan impianmu untuk mati saat ketaqwaan paling tinggi andai diri lalai dengan dunia. :”( Allahu, malunya aku, meminta lebih namun amalanku tidak setimpal. :’(

Rasulullah bertaubat setiap hari. Kite? Saat kesusahan menimpa baru teringat pada-Nya? :’( cukupkah amalanmu? Yakinkah kamu tidak diazab di kubur?  Kamu tahu apa nasibmu di alam barzakh kelak? Bahagia atau derita? Kubur yang sempit atau luas? Kubur yang terang atau gelap? Allah :”( Harta yang kamu miliki di dunia ini, tidak akan dibawa ke kubur untuk menemanimu kelak. Hanya AMAL yang akan menjadi penemanmu sahabat. Salah satunya, surah al-Mulk. Istiqamahlah membaca al-Mulk setiap malam sebelum tidur, in shaa Allah kelak sebagai penemanmu di alam barzakh. :’)

"Andai aku salah tegur aku, bukan aibkan aku."

Fikirkan sahabat. :"(

Assalamualaikum :’)