bring me to Jannah !
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

nadia, for short. twenty. kelantanese. muslimah. hijabis. baldis. when silence speaks. wo xihuan ni :)


Bigfoots!

Put your CBOX codes here!


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Your Name
Others:   


wanita solehah bidadari dunia :)

BISMILLAHIRRAHAMNIRRAHIM

Assalamualaikum ukhti wa akhi :)

ape khabar imanmu harini? bertambah? berkurang? kalau bertambah imannya alhamdulillah. kalau berkurang usahakan sesuatu, jangan biarkan hatimu terus lalai dengan keseronokan dunia yang hanye sementara. sahabat, jum kejar Syurga Allah, kite bahagia bersame di "sana" nanti okay? :')

"Ya Allah, mudahkanlah langkah kami menuju ke Syurga-Mu, tetapkan hati kami untuk mencari redha-Mu, teguhkan iman kami hingga hujung nyawa. Aamiin Allahumma Aamiin"

HAWA HAWA HAWA :D
kite sejantina, kite geng! sepp sikit *oyeahh overr*
Alhamdulillah, im proud to be born as Muslimat. why im proud being Muslimat? cik Hawa sekalian, bersyukurlah kamu dilahirkan sebagai seorang wanita yang bakal menjadi isteri kepada seorang suami, ibu kepada anak-anak, nenek kepada cucu-cucu *perlu ke mention sampai nenek* >< 

Hawa, tanamlah dalam hatimu niat untuk menjadi wanita solehah. jum jadi wanita yang disayangi Allah dan Rasulullah :') wanita solehah diangkat martabatnye dan dimuliakan Allah. wanita solehah dipandang "mahal" dan tidak mudah "disentuh". hatinye tertaut pada Allah S.W.T dan Rasulullah. 

"euwwww, wanita solehah? layak ke aku nak jadi macam tu. tudung pun on off, solat pun ikot mood"

"eishh, taknak aku, wanita solehah kene pakai tudung labuhh, rimass, eish panas tao tak?? #@%&"

"aku jadi wanita solehah? mane boleh, lari nanti bf aku tuh, hensem wehhh, tak sanggop aku kene tinggal dgn die"

respons Hawa yang masih ragu-ragu lagi dengan janji dan ganjaran Allah. masih lagi dengan alasan duniawi. ape yang ade pada dunia yang penuh dengan hiburan melalaikan. mesti kamu lupe, Allah hantar kite ke dunia hanya untuk BERIBADAH kepada-Nya.

"Tidak aku ciptakan Jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku"
{al-Dzariyat:56}

Hawa, jangan terlalu mudah tertarik dengan kata-kata manis lelaki yang belum halal bagimu, mungkin dia adalah jodohmu dan mungkin tidak, tiada siapa tahu, semua itu rahsie Allah. Hawa, jangan dengan mudah kamu murahkan nilai dirimu sebagai seorang wanita hanya kerana seorang lelaki yang belum tentu menjadi milikmu. jangan mudah memberi bile Adam meminta sesuatu yang hanye berhak untuk bakal suamimu. ini semua hanyalah ujian dunia. ujian yang akan menentukan Syurga atau Neraka menjadi destinasimu kelak.

*tears*

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji(dengan sesuatu cubaan)" 
{Al-Ankabut:2}

  Hawa, percayalah, janji Allah itu pasti, Allah tidak akan sesekali mengingkari janji kepada hamba-Nya. Allah sayangkan hamba-Nya. Allah sayangkan kite. ikot kate-kate Allah, kite akan berjaya mendapatkan redha-Nya untuk ke Syurga. Aamiin. in shaa Allah :')

tingginya darjat seorang wanita solehah kerana mereka inilah yang digelar bidadari dunia. Allahurabbi. cik Hawa, tak teringin menjadi seorang bidadari? tanye hati tanye diri tanye iman :)
mungkin ade yang ragu-ragu dengan diri sendiri, mungkin ade yang merasakan sudah lambat untuk berubah menjadi wanita solehah.

"Aku pun sama sepertimu, masih baru bermula untuk mengejar gelaran itu walaupun aku tahu bukan mudah untuk digelar wanita solehah, idaman lelaki soleh, namun itu bukan penghalang kerana sekurang-kurangnye aku menunjukkan usaha ke arah itu :')"
-nadiasyafiqah-



wamita solehah itu menjage solatnya.
cik Hawa sayang, sudahkah sempurna solatmu? sudahkah diterima Allah solatmu? sudahkah kamu istiqamah dalam menunaikan solat di awal waktu? tanya iman sayang :) sempurna? siapa kite untuk menilai tahap kesempurnaan solat? hanya Allah yang berhak menilai. sempurna solat itu maksodnye lakukan solat yang terbaik seolah-olah ini solat terakhirmu di dunia yang fana ini. Allahu. sudahkah kita mencapai tahap itu? hadirnya hati dalam solat si wanita solehah :) Hawa, usahakanlah untuk solat di awal waktu. jangan kalah dengan nafsu. jangan kalah dengan syaitan yang membisik menggodamu. cukup kuatkah imanmu melawan mereka? *nangis*

wanita solehah tidak memandang dan tidak dipandang.
kenape?
kerana Allah jage mereka, jage mereka untuk "dia". Allah jage hati mereka agar tidak mencintai orang yang salah. Allah jage mereka agar tidak diganggu oleh lelaki yang bukan ditakdirkan untuk mereka. Allah jage maruah mereka. Allahurabbi. baiknya Allah :'D 

wanita solehah tidak mempamerkan aurat mereka sesuka hati.
kenape?
kerana mereka mengikut suruhan Allah. Allah mewajibkan kite menutup aurat dan mereka dengan rela hati melakukannye kerana Allah, kerana cinta mereka kepada Allah, kerana sayangkan Rasulullah. mereka yakin dengan setiap suruhan Allah ade hikmahnya. keyakinan yang tinggi kepada Allah :)

wanita solehah sangat menjage percakapan dan perbuatannya.
kenape?
kerana wanita solehah itu sangatlah dikagumi akhlaknya, mane mungkin sewenang-wenangnye melakukan perkara yang merendahkan martabat mereka. tidaklah seseorang wanita solehah itu berjalan berpegangan tangan dengan lelaki yang bukan muhrim. tidaklah wanita solehah itu menggunakan bahase kesat bile bercakap. dan tidaklah juga wanita solehah itu bergayut siang malam dengan lelaki yang belum tentu menjadi miliknya. wanita solehah bukan begitu. 

Hawa, jadilah wanita solehah yang tidak dinilai melalui kecantikan dan keayuan paras rupa namun kecantikan dan ketulusan hatinya. jadilah wanita solehah yang tidak dilihat dari tubuh badan yang mempersona tetapi dilihat sejauh mane dia mampu menutup tubuh badan yang mempersona itu. wanita solehah berani mempertahankan apa yang dipakainya bukan berani berpakaian grand semate-mate.



utamakan cintamu untuk Allah dan Rasulullah. single? itu bagus :) Allah simpan seseorang yang istimewa buatmu, bersabarlah hati. jangan bersedih bile lihat orang lain bermesra dengan kekasih mereka, kite pun ade kekasih sejati, Allah dan Rasulullah, sentiase setia membalas cinta kite even terkadang kite leka dan lalai dengan dunia.

wanita solehah tidak mencari cinta manusia. mereka yakin Allah sudah sediakan yang terbaik bile mereka cube menjadi yang terbaik. mereka yakin jodoh itu akan datang bile tibe masenye. semua telah ditetapkan Allah. jadi mereka tidak risau kerana Allah adalah cinta sejati mereka :') 


wanita solehah sangat menjaga ikhtilat mereka. mereka bijak menjaga kehormatan diri dalam bergaul. dalam ucapannye terselit ketegasan untuk menjaga maruah mereka sebagai seorang Muslimah yang terpelihara. Allahurabbi.





mari kite same same muhasabah diri, betolkan ape yang salah, semua orang boleh berubah, pilihan di tangan kamu :)

"Tercipta engkau dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat di bahu untuk dilindungi, dekat jua di hati untuk dikasihi, engkaulah wanita hiasan duniawi"
wanita-dehearty





cik Hawa sayang, jadilah solehah kerana Allah. janganlah kerana ingin mengejar dia yang soleh. biarlah semua ini kerana Allah. jodoh di tangan Allah. teruskan berdoa agar Allah memberikanmu jodoh yang baik, keturunan yang baik. tajdid niat sayang. in shaa Allah, dengan niat berubah untuk menjadi solehah kerana Allah, Allah datangkan die yang soleh untuk menjadi pelengkap hidupmu. biiznillah. Allahumma Aamiin :) 




one day, biiznillah :)





p/s: nah! dah siap. your request :) someone somewhere. fi hifzillah.