bring me to Jannah !
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

nadia, for short. twenty. kelantanese. muslimah. hijabis. baldis. when silence speaks. wo xihuan ni :)


Bigfoots!

Put your CBOX codes here!


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Your Name
Others:   


7 golongan naungan Arasy Allah :)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum semuaaa,
haiii lame tak berblogging ecececeh :p
rindu pulakkk dekat blog comels ni :D
apa khabar?
semoga semua sihat sejahtera aman sentosa!
Alhamdulillah another day in this dunya,
temporary dunya :)

btw harini saya pergi kenduri,
haihhh penat sungguh gi kahwin,
oppss,
maksudnye pegi kenduri kawen :p
hahaha bikin kontroversi tak pasal pasal muke masuk melodi :p
duee kenduri harini,
dan jumpe ramai sangat orang yang kenal -.-

on my way balik rumah dengar lah ceramah dekat radio tadi,
ceramah after azan zohor macam biase,
dan peringatannya sangat best,
even dah banyak kali dengar still rase insaf T.T
tak tahu tajuk sebenar ceramah tu dan siapa yang bagi ceramah,
tak cam suara T.T

seteret to the point,
peringatan pasal soalan2 yang akan ditanya oleh malaikat Munkar dan Nakir,
soalan bocor ofcosss lah,
so komfem komfem lahhh semua orang boleh hafal jawapannya,
soalan dan jawapannya mudah,
okay sila salin soalannya mane tahu nak hafal ke kan,
*perli gile*
siapa Tuhanmu?
siapa Nabimu?
apakah Imammu?
siapakah saudaramu?

mase dalam ceramah tadi,
hanya soalan-soalan ni yang dibincangkan,
senangkan soalan?
tapi kene ingat yang menentukan sejauh mane kite boleh menjawab soalan itu adalah AMAL kite.

siapakah Tuhanmu?
Allah Tuhanku,
bolehkah nanti kite beri jawapan ini?
sedangkan yang kite cari kesenangan kesenangan dunia semata-mata,
bertuhankan harta,
kaya tapi tak solat,
kaya tapi tak puasa ramadan,
kaya tapi tak berzakat,
terlalu bangga dengan kemewahan dunia,
sehingga jadi sombong dengan Allah,
sedarlah sikit siapa kita nak sombong dengan Allah?
bertuhankan nafsu,
zina jadi amalan,
tak rase berdosa sikit pun,
tak rase bersalah sikit pun,
apa yang difikirkan kepuasan diri semata-mata,
ada jalan yang halal,
pilih jalan yang berdosa,
kalau mampu nikah,
kalau tidak mampu berpuasa.

Al-Bukhari dan Muslim  meriwayatkan bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Wahai golongan pemuda! Sesiapa daripada kalangan kamu yang mempunyai kemampuan, maka nikahlah. Sesungguhnya dengan pernikahan itu akan menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka berpuasalah kerana ia mampu mengekang/mengawal syahwat.”

siapa Nabimu?
Muhammad S.A.W. itu Nabiku,
tak semudah itu untuk menjawab,
sejauh mana hubungan kite dengan Rasulullah membolehkan kite menjawabnya,
sejauh mana rindu kite pada Rasulullah?
sejauh mana selawat kita pada Rasulullah?
adakah kite banyak berkata-kata yang lagha daripada berselawat? T.T
sejauh mana sunnah Rasulullah menjadi amalan kita?
malulah kita nak beramal dengan sunnah Rasulullah?
malukah?
bergaul laki perempuan tak malu pulak?
mendedahkan aurat tak malu pulak?
fikir.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Sesunggunhya solat yang terberat bagi orang munafiq ialah solat Isya' dan Subuh
sekiranya mereka tahu akan besarnya pahala yang ada pada kedua solat tersebut
nescaya mereka itu akan mendatanginya untuk berjamaah walaupun merangkak
Sesungguhnya hampir aku perintahkan kepada orang lain untuk mengimamkan solat,
sedangkan aku sendiri pergi menuju ke tempat orang-orang yang tidak turut solat berjamaah
lalu membakar rumah mereka dengan api. (Hadis sahih riwayat Muslim)


Al-Quran adalah Imamku,apakah Imammu?
macam mana nak jawab kalau seumur hidup tidak pernah bace al-Quran?
solat tak pernah,
sedangkan dalam solat itu kene baca ayat al-Quran,
dalam sehari ada tak bace al-Quran?
macam mana nak beramal dengan al-Quran jika al-Quran pun tak bace?
ada bace terjemahan al-Quran?
jadi hafiz jadi hafizah alhamdulillah,
tak mampu hafaz semua,
hafaz beberapa surah,
atleast untuk bacaan dalam solat :)

siapakah saudaramu?
saudaraku sekalian muslimin dan muslimat,
sedangkan di dunia sebenanrnye kamu bersaudara dengan orang yang memusuhi agama Allah,
bersaudara dengan mereka yang mementingkan dunia semata-mata,
bersaudara dengan mereka yang mementingkan pangkat dan kedudukan di dunia,
jadi orang Islam itu bersaudaralah dengan mereka yang memperjuangkan agama Allah,
memperjuangkan orang Islam,
memperjuangkan akhirat,
memperjuangkan Syurga,
biar sama sama kite bersama di Syurga-Nya aamiin!
bersaudaralah kerana Allah,
kerana redha-Nya,
kerana Syurga-Nya!

dah nampak kan sikit sikit,
nanti di padang mahsyar matahari sejengkal di atas kepala,
di dunia ni punyalahhhhh jauhhh gileeee matahari tu tetap terasa bahangnya,
lagi lagi tengah hari,
Allah T.T
di dunia ade harta boleh beli air cond kalau panas,
boleh beli sepuloh lagiii air cond,
kalau ade kolam renang boleh terjun dalam tu haaa kasi sejuk,
boleh pergi berjalan dekat Australia,
punyelah nak sejuk kan,
tapi ingat,
bila di padang mahsyar harta tu tidak akan tolong kite lagi macam kat dunia ni,
matahari sejengkal,
manusia akan berpeluh peluh,
dan peluh manusia itu menggambarkan dosa kita,
ada orang peluhnya paras buku lali je,
ada orang peluhnya paras pinggang,
dan ade yang berenang dalam lautan peluh sendiri,
MasyaAllah T.T
kite golongan yang mane?
renungkan.

tapi ade berita baikkkkk,
mase tu hanya Allah yang boleh tolong kite,
Allah akan beri naungan Arasy kepada sesiapa yang Dia mahu,
ada tujuh golongan yang akan mendapat naungan Arasy Allah.

“Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)

first,
pemimpin yang adil,
adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya,
tidak mementingkan diri sendiri,
memimpin kerana Allah,
memperjuangkan kebajikan rakyatnya,
bukan mementingkan diri dan keluarga sendiri semata-mata.
"Saidina Umar Abdul Aziz memadamkan lampu kerajaan apabila anaknya mahu bercakap masalah peribadi dengannya. Beliau tidak menggunakan langsung kemudahan kerajaan."

second,
pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadah kepada Tuhannya,
anak muda yang istiqamah beribadah pada Allah,
berpuasa sunat,
bertahajjud di malam hari even hanya dua rakaat solat sunat,
bukan pemuda yang membuat bunyi tikus menggoda si gadis di tepi jalan,
bukan pemuda yang merempit konon konon hebat bergaya,
bukan pemuda yang derhaka dengan ibu bapa,
sebaliknya pemuda yang memperjuangkan agama Allah,
kenapa di masa muda?
sebab nanti dah tua tak larat lah,
tak betul urat la ape la,
kerana itulah penuhi mase mudamu dengan penuhhh bergaya sebagai seorang Islam!

ketiga,
insan yang hatinya tertaut dengan masjid,
especially lelaki,
sangat sangat dituntun berjemaah di masjid,
sebagai isteri yang bukan setakat cun melucun ditambah pulak dengan solehah,
beri semangat suami suruh gi solat di masjid,
berjemaah,
masa muda belum kahwin ni lagi mudah senang boleh ke masjid kan.

keempat,
dua insan yang berkasih sayang kerana Allah bertemu dan berpisah kerana Allah,
contohnya dua orang mukmin yang bersahabat kerana Allah,
saling sayang-menyayangi kerana Allah,
bile salah seorang telah meninggal,
redha dan berpisah kerana Allah,
namun bile mana berkasih sayang kerana harta rupa hawa nafsu,
lain jadinya.

kelima,
orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bermaksiat dia berkata "Aku takut kepada Allah",
tidak mustahil bagi orang yang teguh imannya,
yang hatinya pada Allah,
yang hatinya inginkan redha Allah,
jangan jadi orang yang lemah imannya,
mudah tergoda dengan hiasan dunia.

keenam,
orang yang bersedekah secara tersembunyi sehingga tangan kiri tidak tahu apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya,
tahap ikhlas seseorang bersedekah bergantung pada tahap dia sembunyikan sedekah itu,
ade orang bersedekah dan kecoh satu dunia,
ade orang bersedekah tapi ahli keluarga sendiri pun tidak tahu,
buatlah kerana Allah,
ikhlas,
janganlah hanya mengejar nama!

ketujuh,
orang yang bersendirian mengenangkan dosa lalu sehingga menitis air mata penyesalan,
dalam diam dia berbicara dengan Tuhan-Nya,
...Ya Allah, aku berdosa pada-Mu...
...Ya Allah, aku hina...
...Ya Allah, aku lalai dengan dunia...
...Ya Allah, ampunkan dosaku...
lalu menitis air matanya,
bertaubat akhirnya.

tujuh golongan inilah yang bakal mendapat naungan Arasy Allah,
taknak pertolongan Allah?
ingatlah mase tu hanya pada Allah lahh segala pertolongan,
sedangkan di dunia ini kite hidup dengan pertolongan Allah,
apetah lagi di akhirat nanti,
jangan tergoda terpedaya dengan perhiasan dunia yang melalaikan,
ingatlah hidup di dunia untuk mendapat yang terbaik di akhirat,
cari bekalan di kubur,
bekalan di padang mahsyar,
bekalan AMAL.

enjoy reading,
assalamualaikum.
17112013
1551