bring me to Jannah !
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

nadia, for short. twenty. kelantanese. muslimah. hijabis. baldis. when silence speaks. wo xihuan ni :)


Bigfoots!

Put your CBOX codes here!


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Your Name
Others:   


masihkah kau ingat?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum semua yang membaca blogs yang tidak bersawangs lagi,
hahaha,
baru baru ni cakap kat buah hati 2013,
'if nak gune blog ni ambik lah, post je pape, sukehati jiwa dan raga basikal k.err',
then tetibe je tangan ni lagu je update kisah suka duka diselit sedikit ilmu mungkin,
ehehehehe,
btw buah hati nak post pape post je k! :)

*asek asek cakap pasal buah hatiii*
erghh yelah yelah setop.
Alhamdulilllah dengan izin Allah masih lagi boleh menaip,
for sure lah masih bernyawa,
Allah Allah Allah alhamdulillah!

selamat pagi dan tengahari eh,
errr,
'kaklong masak blablablabla.....'
'okayyyy umi, 12.15 k.'

menjadi seorang suri rumah yang berjaya menanam anggur,
perlulah memasak mengemas rumah dan sebagainyaa,
takpelah melatih diri,
jadi anak solehah ehehehe,
Allahumma aamiin :)

nak setori (story) nak setoriiiiiiiiiiii naik lori,
nadia kan peminat mesteri drama-drama melayu,
cehhh,
'kerana youuu rumah tangga kite musnah..'
'jangan tinggalkan i. i janji akan beri you bahagia....'
'i sayang youuuu. i buat semua ni ade sebab...'
'awak, semua orang pernah buat salah, awak berubah ye...'
antara conversation yang sempat diproses ke dalam memori otakkk,
tapiiii yang menarik perhatian saya kali ni,

'makk, saya tak mintak pun lahir kat dunia ni.' 

okkay mungkin ni drama je kan kan,
tapi kite boleh mengingatkan diri dari sini,
ingat lagi tak perjanjian kite dengan Allah sebelum lahir?
masihkah kau ingat?
kite yang nak lahir ke dunia,
kite k kite,
memang ye ibu ayah kite sangat menginginkan kelahiran kite di dunia,
9 bulan ibu kandungkan kite,
9 bulan ayah menanti kehadiran kite,
tapi if kite taknak terima perjanjian itu,
kite tak lahir di dunia,
ingat?
so,
sebenarnye takde istilah 'saya tak mintak pun dilahirkan di dunia ini',
tapi if dilahirkan cacat,
tu ujian tu dugaan,
ujian kan tanda sayang,
kan? :)
sayang dari Allah lah yang paling berharga ingat tahuuuuu!

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
(Al-A'raaf, ayat 172)

lagiii satu,
manusia ni sanggup terima AMANAH sebagai khalifah di muka bumi ni,
sedangkan gunung tak sanggop menerimanya,
wow hebattt,
rase diri cukup hebat?
ape lagi amar ma'aruf nahi munkar bersameeeee k,
ingat balik semua perjanjian kite ni,
cakap bukan main ikut hati perasaan,
tapi biarlah berdasarkan al-Quran dan hadissss,
cakap biar ade bukti :)

Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh. (surah al-Ahzab, ayat 72)

tiada niat menghukum sesiapa,
sekadar mengingatkan diri ini yang sering leka dengan dunia,
Allahu.

'di saat diri sedang membina kekuatan, diberi ujian, untuk melihat yang kau pilih Dia atau dia.'

mujahadah itu pahit,
tapi syurga itu manis,
berikanku apa yang terbaik asalkan itu yang Engkau redha! :')

dunia hanya permainan perhiasan,
jangan tertipu,
mengejar akhirat namun jangan abaikan dunia k.

enjoy reading,
dah lambatttt kene masakkkk,
kbaiii semuaaaa,
assalamualaikum.